Saturday, April 19, 2014

TIPS AMALAN PEMAKANAN SIHAT



Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pada kali ini saya akan berkongsi tips  menjaga kesihatan. Jika ingin berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi, kesihatan perlu diutamakan. Adakah anda setuju dengan saya?Teruskan membaca ye.

Utusan 7 Sept 2013: "Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bimbang dengan perkembangan itu memberitahu, setakat ini, 8.5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan berlebihan dengan 4.4 juta orang obesiti."

Kenapa ini berlaku?

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita sahaja. Perlu memilih makanan yang betul dan amalkan cara pemakanan yang betul. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan, obesiti dan sebagainya

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau kita ikut diet Rasulullah ini, kita tidak akan mudah mendapat sakit dan akan kekal sihat.

Bagi mereka yang non muslim tidak salah jika mengikut amalan pemakanan ini atau mengikut tradisi anda sendiri. Terpulang pada anda, yang penting kita hidup sihat. Betul kan?

Jenis makanan yang perlu dielak makan bersama

1. Jangan makan SUSU bersama DAGING
2. Jangan makan DAGING bersama IKAN
3. Jangan makan IKAN bersama SUSU
4. Jangan makan AYAM bersama SUSU
5. Jangan makan IKAN bersama TELUR
6. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
7. Jangan makan SUSU bersama CUKA
8. Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

Kaedah pemakanan yang betul

1. Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu        

     kemudian baru makan nasi.
2. Jangan lewat makan malam. Selewatnya makan malam sebelum jam 8 malam atau waktu 

    terbaik adalah pada jam 6 petang.
3. Jangan makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Amalan pemakanan yang betul cara Rasulluah

1. Pagi selepas bangun subuh mandi dan solat sebaiknya minum air sejuk dan madu sebelum     sarapan pagi.
2. Sebelum makan tengah hari sebaiknya makan buah kurma atau buah-buahan tempatan 

    kemudian minum air setengah jam selepas makan.
3. Makan gunakan tangan adalah lebih kemudian selepas makan jilat jari yang digunakan untuk     makan.
4. Sebelum tidur minum segelas susu.

Makanan kegemaran Rasulullah




Untuk mengetahui kelebihan amalan pemakan cara Rasulullah boleh rujuk pada bahan bacaan yang terdapat di internet atau kedai-kedai buku berhampiran.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Terima kasih.



------------------------------------------------------
Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : SHAHIDA BINTI ABDUL MUBIN
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Temerloh, Mentakab, Maran dan Jengka Pahang
Shaklee ID [ No : 1093834 ]
Contact No : 013-6873393
Email : samshahida@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/tokowarisanshaklee

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1093834. Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 1093834 untuk dapatkan supplement anda

0 comments:

Post a Comment