Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui
sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu
menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda.
Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan
perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat.
Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi
melindunginya drp serangan dan jangkitan yg biasa dihidapi oleh bayi
yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan
jangkitan biasa dan cirit birit dikalangan bayi.
Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan drp penyusuan tersebut.
Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang
berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif
disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan. Dan selepas itu diteruskan
penyusuan dgn makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih. Diet yang
seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi
mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan
kesihatan si ibu.
Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu
yang menyusui bayi bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya:
1) Multivitamin.
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang
mana ianya tidak boleh diperolehi drp diet harian. Kadar vitamin yang
mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di
samping menggalakan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.
2) Protein.
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan
sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet
penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu
dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian
tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan
protein berkhasiat sehari.
3) Vitamin C.
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil
vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi.
Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda
daripada kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem
imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
4) Bcomplex.
Vitamin bcomplex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi
anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat.
Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon,
pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan
mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu
mendapatkan vitamin bcomplex untuk memberikan khasiatnya kepada bayi
mereka melalui susu ibu.
5) Kalsium.
40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina
tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui
bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
6) Asid lemak Omega 3.
Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega3 dalam tempoh penyusuan susu
ibu dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata anak. Ia telah
dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila
kandungan Omega3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai
kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti
gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan. (ADHD) atau autisme.
7) Alfalfa.
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti
vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua
bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang
sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan
pengeluaran bekalan susu ibu.
------------------------------------------------------Jom Sihat dan Berjaya, sertai kami
Bagaimana ingin menjadi ahli?
Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda : SHAHIDA BINTI ABDUL MUBIN
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Temerloh, Mentakab, Maran dan Jengka Pahang
Shaklee ID [ No : 1093834 ]
Contact No : 013-6873393
Email : samshahida@gmail.com
FB : https://www.facebook.com/tokowarisanshaklee
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 1093834. Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
Walk In ke mana2 Branch seluruh Malaysia, Sila gunakan ID 1093834 untuk dapatkan supplement anda
0 comments:
Post a Comment